Lim Guan Eng Menipu Elak Mahkamah

 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berdepan kes di Mahkamah didapati menipu tarikh kuarantin kendiri. Beliau dipercayai berbuat demikian bagi mengelakkan dirinya ke Mahkamah.

Peguam Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo memaklumkan kepada mahkamah, anak guamnya telah diarahkan menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari.

Tarikh kuarantin kendiri bermula dari 1 September hingga 10 September 2021.

 

Lim Guan Eng, SilTerra

 

Bagaimanapun, Guan Eng didapati telah hadir ke sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2 September.

Foto yang tular di media sosial jelas menunjukkan tarikh dan masa Guan Eng berada dalam Dewan Undangan Pulau Pinang.

baca – https://malaysiagazette.com/2021/09/08/gerakan-lapor-polis-guan-eng-langgar-peraturan-kuarantin/

Adakah kerana beliau merupakan bekas Ketua Menteri P.Pinang, maka kehadirannya di DUN diperlukan dan melanggar arahan kuarantin?

Jika selama ini DAP begitu lantang mengkritik pihak yang secara jelas mendapat arahan dan pelepasan dari pihak berwajib  lain tetapi mengapa ‘menikus’ bila Guan Eng ‘kantoi’?

 

 

Sikap ‘double standard’ yang diamalkan DAP sememangnya digunapakai bagi memburukkan pihak lain dan akan melindungi sesama sendiri jika ada individu DAP terlibat dalam sesuatu isu seperti Guan Eng.

Adakah Guan Eng begitu kebal daripada Undang-Undang apabila beliau sendiri melanggar arahan kuarantin kendiri yang dikeluarkan KKM?

Apa jawapan DAP dalam isu ini? Soal keselamatan ADUN lain perlu dijawap kerana Guan Eng merupakan kontak rapat.

Sikap membisu DAP tidak akan membantu dan mereka akan dilihat sengaja membahayakannyawa orang lain di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Justo Khianati Mahathir, Ramai Bakal ‘Senak Perut’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker