MSN Sokong Bubar Skuad Angkat Berat

 

Majlis Sukan Negara (MSN) menyokong perancangan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) untuk membubarkan skuad kebangsaan selepas dua atlet mereka dikesan positif bahan terlarang jenis anabolic steroid.

Tindakan itu sebagai langkah terakhir bagi membendung penularan gejala itu dalam skuad negara, sekali gus mengelakkan sukan angkat berat di Malaysia berisiko lumpuh untuk jangka masa panjang.

Nadi Arena sebelum ini melaporkan dua atlet angkat berat negara, termasuk pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2018, Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad, didapati terlibat dengan penggunaan bahan terlarang dan boleh dikenakan penggantungan maksimum selama empat tahun sekiranya didapati bersalah.

Gambar Hiasan



Kedua-dua atlet terbabit juga dilaporkan sedang menjalani penggantungan sepanjang proses siasatan berjalan.

Kes positif doping berkenaan sudah pasti akan mengundang risiko buat PABM memandangkan badan induk itu juga boleh digantung oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF).

Dalam satu temu bual bersama Nadi Arena, Pengarah Bahagian Persediaan Atlet MSN, Jefry Ngadirin, berkata: “Ia adalah satu tindakan yang wajar untuk membubarkan skuad kebangsaan.



(Dengan itu) atlet akan pulang ke negeri masing-masing dan seandainya mereka mahu meneruskan latihan, biarlah ia diteruskan di negeri mereka.

“Apabila mereka sudah bersedia dan PABM juga dibenarkan untuk kembali bertanding di luar negara, kami akan membuat pemilihan dan menghantar mereka ke luar negara.

“Atlet dan jurulatih memegang tanggungjawab bersama dalam skuad kebangsaan.

“Sekiranya ada atlet di bawah kendalian mereka (jurulatih) terjejas atau didapati bersalah dalam isu doping seperti ini, maka keperluan jurulatih juga akan dilihat, sama ada khidmat mereka akan diteruskan atau ditamatkan.



Kami akan membincangkannya dengan persatuan (PABM) dalam mesyuarat jawatankuasa kerja yang akan datang,” katanya.

awani

Atlet Angkat Berat ‘Kantoi’ Doping

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker