Siapa Ahli Politik Arahkan LHDN Kenakan Najib?

 

Dato Sri Najib membuat pendedahan yang mengejutkan semua rakyat bila mendakwa ada ahli politik mengarahkan pegawai LHDN untuk kenakan beliau.

Najib mendedahkannya menerusi facebook beliau sejurus selepas membuat laporan polis.



 

Menurutnya lagi ahli politik bersama pegawai LHDN telah melanggar Seksyen 167, Seksyen 192, Seksyen 196, Seksyen 197 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta SPRM yang membabitkan salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu.

Najib turut menyenaraikan tindakan pegawai LHDN selepas menerima arahan daripada ahli politik tertentu.



  • Wang yang disebut RM2.6b yang telah dikembalikan kepada penghantar empat bulan selepas diterima – tetapi masih dikirakan sebagai pendapatan.
  • Wang yang dipindah dari akaun bank atas nama saya ke satu lagi akaun atas nama saya juga dikira sebagai pendapatan.

Tidak cukup dengan itu mereka (LHDN) turut bertindak lebih jauh.

  • tidak membenarkan kes saya (Najib) dibawa ke Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) untuk mempertikaikan keabsahaan pengiraan LHDN untuk rayuan.
  • Diteruskan tindakan untuk bankrapkan saya (Najib) tanpa diberikan peluang untuk pertikaikan keabsahan pengiraan taksiran.

Najib turut bertindak lebih berani apabila beliau mempelawa mana-mana pihak yang berminat untuk memeriksa keabsahan penyata cukai beliau.

 



 

Sudah pasti laporan polis ini akan membuka dimensi baru yang selama ini disorokkan dari pengetahuan rakyat.

Berkaitan pegawai LHDN yang terbabit, mereka sudah pastinya tahu siapa ahli politik yang telah mengarahkan mereka berbuat demikian.

Sewajarnya mereka (Pegawai LHDN) mendedahkan kepada pihak polis identiti sebenar ahli politik tersebut.



Rakyat pastinya ternanti episod baru serta perkembangan kes ini dengan penuh minat.

Najib sebelum ini pernah menyatakan beliau mahu membersihkan namanya mengikut saluran undang-undang dan kini terbukti beliau bersungguh melakukannya.

Najib Pegang Pepatah “Adat Beraja, Titah Dijunjung”



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button