Disangka Kera, Lelaki Maut Ditembak

 

Seorang lelaki, maut ditembak kerana disangkakan kera ketika memanjat pokok buah tarap di Kampung Kejapil Bekenu, di sini.

Kejadian berlaku pada jam 12 tengah hari semalam itu menyebabkan mangsa, Mohamad Hallim Jamee, 32, tersangkut di pokok dan terpaksa dibawa turun oleh pasukan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari, berkata mangsa meninggal dunia serta-merta selepas ditembak lelaki berusia 70 tahun dari kampung sama yang menyangkakannya seekor kera.

Beliau berkata, polis mendapatkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah untuk menurunkan mangsa.

Katanya, pasukan bomba menggunakan tali khas untuk membawa mangsa turun dan menahan warga emas berusia 70 tahun itu bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas selaras senapang patah dan 13 butir peluru hidup daripada suspek,” katanya.

Hakemal berkata, suspek dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut, manakala mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian.

metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker