Hujah Shahril Hamdan Terhadap Pekerja Asing Tersasar

Hujah Shahril Hamdan Terhadap Pekerja Asing Tersasar

Hujah Shahril Hamdan Terhadap Pekerja Asing Tersasar

Dalam rancangan podcast KS yang Shahril hoskan bersama Khairy Jamaluddin (KJ), Shahril membuat kenyataan yang berat sebelah dalam mengupas isu pekerja asing.

“Seseorang tidak akan menjadi seorang Melayu, Malaysia, bahkan Islam dengan melayan pekerja asing tanpa rasa kemanusiaan”.

“Sesetengah penonton kami mempunyai pandangan nasionalisme yang melampau”.

“Saya berasa sedih melihat cara orang Melayu bercakap tentang orang Bangladesh, Pakistan, dan Rohingya, yang merupakan pelarian”.

“Mereka bercakap tentang pendatang seolah-olah mereka tidak sama dengan kita”.

“(Cakap sebegitu) bertentangan dengan agama kita”.

“Saya menggesa kita semua untuk mengambil pendekatan kemanusiaan apabila berdepan dengan pendatang”.

“Jika kita melampaui batas dalam sesuatu, marilah kita beralih kepada kemanusiaan”.

“Bukan jalan di mana kita berurusan sesama manusia dengan cara yang salah,” dakwa beliau.

Shahril juga mengingatkan orang ramai bahawa pendatang tidak memilih untuk dilahirkan di negara-negara di mana konflik berleluasa.

Atau di mana peluang ekonomi terhad, sebaliknya ia adalah takdir.

Shahril juga berkata antara kenyataan negatif yang dilemparkan kepada pekerja asing termasuk mereka jahat dan difficult.

Shahril Keliru Status Antara Pekerja Asing, Pelarian UNHCR Dan PATI

Penulis tidak pasti sama ada Shahril faham atau tidak perbezaan antara pekerja asing, pendatang tanpa izin dan pelarian di bawah UNHCR.

Tetapi dari kupasan dan ulasan yang beliau buat, menunjukkan beliau keliru dengan status antara 3 kelompok berkenaan.

Isu yang dipetik oleh Shahril diakui sebagai isu penganiayaan terhadap pekerja asing dan ejen yang membawa mereka masuk mesti bertanggungjawab.

Jaminan sudah pun diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, kerajaan akan bertindak tegas.

Secara umumnya, pekerja asing yang sah, tidak mendatangkan masalah kepada warga tempatan.

Tetapi yang banyak mendatangkan masalah adalah pelarian UNHCR dan pendatang asing tanpa iziz (PATI).

Banyak kes pelarian UNHCR terutamanya dari Rohingya telah menyalahgunakan kad pelarian UNHCR, hingga mereka merasakan mereka bebas melakukan apa sahaja di Malaysia.

Ada kes jenayah rogol, rompak, samun dan pelbagai jenayah lain dilakukan oleh pemegang kad UNHCR dari Rohingya.

Ini belum lagi termasuk masalah sosial lain yang mereka lakukan seperti mengganggu anak gadis dan isteri warga tempatan.

Ada juga kes di mana pemegang kad UNHCR menggunakan jalanraya secara merbahaya hingga mengorbankan warga tempatan.

Untuk peringatan Shahril, kad pelarian UNHCR adalah untuk mereka mendapatkan perlindungan di negara asing.

Dan bukannya kad yang akan menghalalkan perbuatan jenayah mereka terhadap rakyat tempatan.

Pada pandangan penulis, rakyat Malaysia sudah cukup berjemah dengan pemegang kad UNHCR dari Rohingya.

Satu isu yang perlu Shahril fikirkan adalah, sekiranya pelarian Rohingya benar-benar Islam tulin dan mahu dilindungi sebagai orang Islam, berapa ramai antara mereka yang membawa Al Quran?

Pertang serta dizalimi bukan alasan untuk tidak sempat membawa Al Quran.

Pelarian Palestin di Gaza lebih dahsyat dizalimi dalam peperangan yang jauh lebih besar, tetapi setiap seorang dari mereka tetap membawa Al Quran bersama-sama mereka.

Hujah Shahril Hamdan Terhadap Pekerja Asing Tersasar

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker