Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 

Oleh Adam Malik

Kenapa begitu sukar mendakwa bekas Gabenor Bank Negara?

Begitu juga , kenapa sukar untuk bekas Gabenor Bank Negara memberi keterangan sebagai saksi pada kes Datuk Seri Najib Razak?

Jawapan nya tersangat mudah.



Ini kerana kes ada “inter relation” dengan kes kes lain membabitkan DSNR.

Jawapan Zeti pada semua soalan boleh ‘binding’ dan terikat dengan kes lain yang terkait 1MDB dan SRC.

Zeti menjawap “Iya” pun boleh dirungkai , menjawap “tidak” pun sama juga.

Sebenar nya , apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menmberi kenyataan bahawa “ada bekas Perdana Menteri” dan bekas “Menteri Kewangan: ada punggah kekayaan berbilion negara , semua orang lama dalam politik tahu Anwar bermaksud Mahathir dan Daim.



Bermakna , jika ia membabitkan wang berbilion milik negara , maka pasti soalan berikut di mana kah billion billion itu sekarang?

Jika didalam negara dimana kah ia diletak kan?

Ada kah aset dan perniagaan milik kroni bilionair itu tempat sorok nya?

Atau ada kah ia disalurkan ke luar negara?

Jika ia , bagaimana wang berbilion itu lalu keluar celah kangkang Bank Negara begitu mudah?

Di sini juga ada syak wasangka dan jawapan kenapa kes rasuah RM700 Zeti masih belum dibuka buka lagi.

Adakah pelulusan bon secara tergesa gesa yang dilakukan oleh BNM dibawah restu individu tertentu?

Maka, atas sebab itu lah kes babit bekas Gabenor masih tidak kemana mana lagi.

Jawapan kenapa Zeti dilantik Pengerusi PNB dan Council of Elders juga mungkin ada kaitan sebagai penghargaan jasa terhadap individu tertentu yang sudah dibantu.

Sehingga kini Zeti Aziz masih belum sihat untuk hadirkan diri beri keterangan sebagai saksi kepada mahkamah.

Namun Zeti dikatakan sihat pula untuk hadir ‘event’ peribadi tanpa rasa segan dan malu.

Mana pergi mereka mereka yang kuat melalak benci rasuah?

Kenapa tidak beri tekanan supaya kes rasuah terbesar negara dibuka segera?

Imej dan reputsi Anwar Ibrahim juga bakal rosak seperti Mahathir , Muhyiddin dan Ismail Sabri jika buat bodoh berkenaan kes rasuah proksi Mahathir ini.

Tidak guna bercakap benci rasuah jika tidak arah Peguam Negara bawa kes ke mahkamah.

Kes rasuah Zeti dipercayai hanya muncung bongkah ais sahaja , kerana jika dibuka akan dapati banyak lagi hal hal menjijik kan yang selama ini berjaya di tutup.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker