“Liverpool jangan tunduk dengan Salah” – McManaman

 

Bekas pemain sayap Liverpool, Steve McManaman memberikan pandangannya berhubung harapan kelab itu untuk mengekalkan Mohamed Salah ketika urusan perbincangan lanjutan kontraknya sedang diteruskan.

McManaman berharap Liverpool dapat mencapai persetujuan dengan bintang Mesir itu untuk memastikan dia kekal di kelab berkenaan melangkaui kontrak asal sehingga 2023.

Ketika ramai pemain utama Liverpool sudah menandatangani lanjutan kontrak baharu, Salah masih belum melakukannya.

“Jika dia mahukan lebih banyak duit dan Liverpool tidak mampu memenuhinya, mereka harus melepaskannya,” kata McManaman.

 



“Jika dia mahu gaji setengah juta seminggu, ia tidak akan berlaku di Liverpool. Tapi anda hanya boleh berharap dia mahukan sesuatu yang mampu dipenuhi kelab dan jika itu berlaku, maka kita boleh berharap dia kekal,” katanya.

McManaman berkata Liverpool tidak boleh membayar gaji yang terlalu tinggi dan cuba untuk menyaingi pasukan seperti PSG atau Manchester City kerana kedudukan kewangan mereka berbeza.

“Akan ada pemain yang mengikut jejak langkah itu apabila seorang pemain dibayar gaji tinggi dan kemudian pemain bintang seterusnya kecewa serta mahukan layanan yang sama.

“Ia akan mencetuskan kekecohan di dalam pasukan, jadi anda perlu mengawalnya.

“Kita baru sahaja pulih daripada pandemik Covid-19 dan setiap kelab menanggung kerugian besar.

“Bagi saya, bayar pemain itu mengikut nilainya. Dia seorang yang bagus tetapi jika gaji yang dimintanya dua kali ganda, anda tidak boleh memenuhinya ketika tempoh sukar ini,” katanya.

metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker