Muafakat Nasional Kuat Tanpa PPBM

 

Seorang penganalisis percaya kemungkinan kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN) diperkukuh dengan penyertaan Bersatu adalah rendah, biarpun PAS melakukan usaha berterusan untuk menyatukan parti-parti Melayu-Islam.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia berkata perilaku Bersatu yang mengawal kedudukan kerajaan akan mendatangkan kesan terhadap masa depan parti itu dalam MN selain terdapat ramai “yang tidak sehaluan” dalam kelompok bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Dia juga berkata MN tidak akan berakhir melainkan jika Umno atau PAS memutuskan untuk tidak lagi mengadakan kerjasama itu yang telah membuka satu lembaran baharu kerjasama politik pada September 2019.

“Senario ini (semua tiga parti yang bekerjasama) masih jauh lagi untuk dicapai.

Ia bergantung kepada sejauh mana Zahid bersedia untuk memaafkan Bersatu dan kelompok pro-Perikatan Nasional (PN) dalam Umno menjelang Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya merasakan, cara perdana menteri kesembilan (Ismail Sabri Yaakob) mengenepikan kelompok bersama Zahid dalam Umno agak mengguris hati. Jelasnya, Ismail mengintai peluang untuk mengisi kerusi presiden dan Zahid tidak akan menyerah dengan mudah,” katanya kepada FMT.

Namun, Fauzi berkata MN masih berguna sebagai “insurans”, terutama bagi PAS sekiranya gabungan PN yang menjadi sebahagian daripada Bersatu, runtuh atau “tidak keruan”.

Katanya, PAS adalah sebuah parti yang telah lama wujud dan ia boleh berpaling tadah terhadap Bersatu sekiranya diperlukan.

“Anda perlu ingat bahawa Bersatu mempunyai masa depan yang tidak tentu dalam PRU15. Tanpa kuasa yang dipegang akibat kekurangan angka selepas PRU15, apa manfaat yang PN ada? MN mungkin berguna untuk mereka,” katanya.

“PAS adalah “pelakon politik” paling lama di Malaysia. Ia boleh membuat pusingan U dan mahir mencari “ayat suci” sebagai justifikasi terhadap tindakan politiknya.

“Saya tidak terkejut sekiranya mereka meninggalkan Bersatu apabila ia tidak lagi memberi manfaat untuk PAS dalam mencapai cita-cita politik mereka.”

Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata tuntutan Umno untuk kekal bertanding di kerusi tradisi dan kehilangan kerusi apabila penyandangnya berpaling tadah menyertai Bersatu, akan menjadi isu utama.

Katanya, agak sukar untuk Umno menyerahkan mana-mana kerusi sama ada kepada Bersatu atau PAS, khususnya Bersatu kerana ia tidak mahu mengalah kepada parti yang kecil dan baharu.

Awang Azman memberitahu FMT bahawa MN sendiri akan berdepan masalah berhubung pengagihan kerusi memandangkan tiga parti itu mahu meraih sokongan orang Melayu.

“Umno dijangka akan terus enggan untuk bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 dan sebarang kerjasama mungkin dilakukan di peringkat negeri atau terhad kepada beberapa perkara sahaja,” katanya.

Terdahulu, veteran PAS Mahfodz Mohamed berkata Umno perlu mengakui bahawa ia bukan lagi kuasa dominan dalam politik Malaysia dan memerlukan sokongan Bersatu dan PAS untuk menang dalam PRU15.

Katanya, tiga parti itu perlu bersatu untuk memperkukuhkan blok Melayu-Islam dan melupakan persengketaan yang berlaku dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Pakatan Harapan kembali berkuasa.

fmt

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker