Najib Masih Jadi Tumpuan Singapura

Bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak masih menjadi tumpuan kuasa ekonomi Asia Tenggara yakni Singapura.

Semalam Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ke Malaysia, TYT Vanu Gopala Menon bertemu dengan Najib di Kuala Lumpur.

Menurut Najib, pertemuan tersebut membincangkan hubungan kedua-dua negara serta dasar-dasar yang memberi manfaat kepada pelabur serta usaha mengawal pandemik.

 

Foto Suntingan Untuk Hiasan

 

Turut disentuh dalam pertemuan tersebut ialah hubungan dagang dan ekonomi antara Malaysia – Singapura.

Dalam laporan The Straits Times Singapore, spekulasi mengenai jawatan Penasihat Ekonomi Kepada Perdana Menteri terpampang walau tiada sebarang kenyataan dikeluarkan.

Agak mengejutkan apabila akhbar Singapura nampak mendahului dalam hal pentadbiran Malaysia. Perkara ini menimbulkan tanda tanya apabila Menon pula berjumpa Najib.

 

Tangkap Layar Facebook Najib Razak

Bagaimanapun perjumpaan Najib – Menon dikatakan ada hubung kait dengan kredibiliti Najib selaku ‘Arkitek Ekonomi Malaysia’.

Jika tidak kerana Singapura mahu meminta nasihat berkaitan ekonomi, apa keperluan Menon berjumpanya?

Dipercayai ada usul tertentu yang mahu dibincangkan Singapura dengan kerajaan Malaysia dan Najib menjadi jambatan antara Singapura dengan Ismail Sabri.

Mengapa Singapura perlu gusar jika Najib menjadi Penasihat Ekonomi untuk Kerajaan Malaysia?

Adakah kini Najib sudah menjadi penanda aras untuk ekonomi Asia Tenggara dan pasaran saham Asia terutama Singapura sehingga banyak pihak mahu bertemu dengannya?

 

 

Leave a Reply