Rakyat tolak Muhyiddin, Najib yang salah?

Oleh – Bakhtiar Omar

 

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba memberi bayangan kepada sebuah parti politik terutama yang beliau gelarkan sebagai ‘kleptokrat’ sebagai faktor peletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena ulangtahun PPBM secara langsung di media sosial.

Muhyiddin seakan enggan menerima fakta sebenar penolakan rakyat terhadap dirinya yang telah gagal menerajui kerajaan selama 17 bulan selepas diberikan peluang berbuat demikian.



RAKYAT TOLAK MUHYIDDIN

Menoleh kembali mengapa rakyat menolak Muhyiddin dan PPBM amat mudah untuk dirungkaikan. Selepas ‘Sheraton Move’, berlaku acara ‘lompat parti’ ahli politik untuk terus mengekalkan pengaruh serta kedudukan dalam politik Malaysia.

Lihat sahaja bagaimana Pakatan Harapan dilumpuhkan dengan peralihan sokongan terutama PKR, bila mana Azmin membawa sokongan kepada Muhyiddin.

Bagaimanapun dengan sokongan Azmin dan gerombolannya tidak mencukupi untuk Muhyiddin membentuk kerajaan. Beliau memilih UMNO/BN dan PAS bagi mencukupi sokongan untuk berkuasa.

Dengan sokongan ahli parlimen BN & PAS, Muhyiddin mendapat mandat yang tipis untuk membentuk kerajaan yang dijenamakan sebagai Perikatan Nasional.



Namun begitu, dek kerana merasakan mereka (PPBM) sangat berkuasa, maka berlaku ‘pembulian politik’ dalam kabinet Perikatan Nasional.

 

 

SIKAP ‘GILA KUASA PEMIMPIN PPBM

Pertelingkahan dalam menentukan SOP MKN semasa Perikatan Nasional memerintah sudah cukup memberi gambaran perangai ‘Gila Kuasa’ pemimpin PPBM.

Apabila ditetapkan dalam SOP MKN bagi mencegah penularan covid, akan berlaku percanggahan kenyataan antara Menteri dan ini membuat rakyat semakin muak serta meluat dengan perubahan demi perubahan yang dilakukan.

Rakyat merasakan komunikasi antara mereka (kabinet & MKN) menyusahkan rakyat serta mengundang pelbagai persepsi yang menjurus kepada perebutan ‘siapa abang besar’.

MUHYIDDIN TAKUT PADA SIAPA SEBENARNYA?

Muhyiddin yang dilihat sangat ‘tunduk’ kepada sesetengah ahli politik dalam Perikatan Nasional pula menjadi bahan debat rakyat.

Masalah ekonomi yang melanda rakyat seakan tidak menjadi masalah kepada Perikatan Nasional. Kes bunuh diri yang meningkat, penutupan premis perniagaan, gulung tikar, kejatuhan penarafan dari BM40 ke B40 merupakan antara faktor rakyat semakin marah kepada Muhyiddin.

Akhirnya, rakyat sendiri melancarkan kempen untuk menolak Muhyiddin dari tampuk pemerintahan Putrajaya. 

TERPAKSA AKUR DENGAN KEHENDAK RAKYAT

Walau pada mulanya Muhyiddin degil, namun akhirnya beliau terpaksa akur dengan penolakan rakyat. Bagaimanapun dalam ucapannya, Muhyiddin cuba mengalihkan kelemahannya kepada mereka yang beliau gelarkan sebagai ‘Kleptokrat’.

Adakah Muhyiddin sedar atau tidak rakyat sebenarnya menolak beliau dan PN kerana kegagalan mereka sendiri? Mungkin Muhyiddin berada dalam ‘denial syndrome’ walau kini beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Rekod beliau sebagai PM GAGAL kini menjadi perbandingan rakyat sebalik pelantikan tersebut. 

Sewajarnya Muhyiddin menginsafi dan melihat diri sendiri sebelum menuding kepada rakyat atas kegagalannya sebelum menyalahkan orang lain.

– penafian – Bakhtiar Omar merupakan pemerhati politik dan segala penulisannya tidak melambangkan portal kami. Segala komen adalah tanggunjawab sendiri dan kami tidak bertanggungjawab.

Najib Masih Jadi Tumpuan Singapura

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker