Tan Sri Zaman Khan Meninggal Dunia

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan meninggal dunia pada jam 10.15 pagi hari ini.

Menurut laporan difahamkan jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Aman di ibu negara untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.

Semoga Allah mencucuri rahmatNYA keatas roh Allahyarham Tan Sri Zaman Khan.

  • Bermula sebagai Kadet ASP pada Jun 1962
  • Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Grik, Klang & Georgetown (1964-1972)
  • Ketua Trafik IPK KL (1972-1974)
  • Ketua Polis Daerah Petaling Jaya (1974)
  • Ketua Siasatan Jenayah Selangor (1974-1977)
  • Ketua Polis Negeri Sembilan (1977-1979)
  • Ketua Polis Pulau Pinang (1979-1984)
  • Pengarah Jabatan Keselamatan Dalaman Negeri dan Ketenteraan Awam di Ibu Pejabat Polis (Ogos 1987-1989)
  • Pengarah Bahagian Jabatan Penyiasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman (1989-1994)
  •  Ketua Pengarah Jabatan Penjara (1994-1997)

Leave a Reply