Anuar Zain Berhijrah Ikut Nabil Berdakwah

 

Semakin ramai golongan artis kini mula berhijrah. Penyanyi ‘Lelaki Ini’, Anuar Zain juga tidak terlepas dari perubahan. Dalam satu video dalam Tiktok, kelihatan Anuar Zain bersama sebuah kumpulan tabligh menghidangkan minuman.

Turut kelihatan bersama Anuar Zain seorang lagi artis pelawak terkenal, Nabil Ahmad. Beliau sempat menyakat Anuar Zain ketika menikmati hidangan yang disediakan.

“Allah bagi sedap, Anuar yang tarik” kata Nabil merujuk kepada kebolehan Anuar Zain menarik teh.

Penyanyi yang mula dikenali dengan lagu ‘Kain Pelikat’ itu kelihatan berambut panjang dan berkopiah. Beliau kemudian menunjukkan aksi menarik teh tarik sambil menyanyikan lagunya.

Semoga penghijrahan ini membawa rezeki kepada Anuar Zain dan Nabil serta mereka yang berdakwah.

Leave a Reply