Guna nombor plat palsu ketika seleweng diesel elak dikesan – KPDN

Guna nombor plat palsu ketika seleweng diesel elak dikesan – KPDN

Guna nombor plat palsu ketika seleweng diesel elak dikesan - KPDN
Datuk Azman Adam. – NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

SHAH ALAM: Sindiket penyelewengan diesel cenderung menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kenderaan ketika beroperasi bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Taktik itu dikenal pasti susulan serbuan ke atas sebuah premis yang dijadikan stor haram menyimpan dan memindahkan diesel di Jalan Johan Setia di Klang menerusi Ops Tiris 3.0 kira-kira jam 3 petang pada Selasa lalu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, pemeriksaan ke atas premis terbabit menemukan 9,000 liter diesel berserta peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan bahan api itu.



“Sebuah lori, beberapa tangki mengandungi diesel, motor pam dan beberapa dokumen berkaitan serta peralatan lain yang ditemui di lokasi serbuan turut disita untuk siasatan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM88,300 dan dua lelaki tempatan berusia 67 dan 48 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya memaklumkan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Azman berkata siasatan kini dijalankan untuk mengenal pasti individu atau syarikat yang terbabit aktiviti itu, selain rantaian pengedaran diesel termasuk sumber bahan api berkenaan diperoleh dan ke mana ia diedarkan.

Guna nombor plat palsu ketika seleweng diesel elak dikesan – KPDN

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button