Covid19 – 99 kematian sebenar dilaporkan semalam

 

Sejumlah 99 kematian sebenar (purata tujuh hari) Covid-19 telah direkodkan semalam, menurut laman sesawang CovidNow.

Jumlah itu adalah termasuk 292 kematian dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada 292 kes kematian dilaporkan, 106 adalah kematian di luar hospital (BID) yang menjadikan keseluruhan jumlah kematian adalah 20,711.

Ketika taklimat media mengenai pangkalan data terbaharu kementerian iaitu CovidNow semalam, wakil kementerian memaklumkan jumlah “kematian yang dilaporkan” termasuk semua kematian yang disahkan pada hari berkenaan adalah disebabkan oleh Covid-19, walaupun ia berlaku sebelum tarikh tersebut.

Perkara sama terpakai untuk kes BID.

Mereka memaklumkan, gambaran keadaan yang lebih tepat dapat dilihat dari angka “kematian sebenar”, yang ditunjukkan oleh garis hitam pada grafik CovidNow, yang menunjukkan jumlah kematian yang disahkan berlaku pada hari tertentu.

Kementerian juga melaporkan 237,277 kes aktif, merangkumi 1,338 pesakit yang dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU) dengan 721 memerlukan bantuan pernafasan.

Selain ICU, seramai 197,225 (83.1%) menjalani kuarantin di rumah, 25,635 (10.8%) di pusat kuarantin dan rawatan, manakala 13,079 (5.5%) telah dirawat di hospital.

KENYATAAN KETUA PENGARAH KESIHATAN

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan terdapat 19,198 kes Covid-19 baharu pada tengah hari, menjadikan jumlah jangkitan 1,979,698.

Terdapat juga 20,980 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul yang sembuh kepada 1,721,713. K

ematian dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada 292 kes kematian dilaporkan, 106 adalah kematian di luar hospital (BID) yang menjadikan keseluruhan jumlah kematian adalah 20,711.

Ketika taklimat media mengenai pangkalan data terbaharu kementerian iaitu CovidNow semalam, wakil kementerian memaklumkan jumlah “kematian yang dilaporkan”.

Termasuk semua kematian yang disahkan pada hari berkenaan adalah disebabkan oleh Covid-19, walaupun ia berlaku sebelum tarikh tersebut.

Perkara sama terpakai untuk kes BID.

CovidNOW

Mereka memaklumkan, gambaran keadaan yang lebih tepat dapat dilihat dari angka “kematian sebenar”, yang ditunjukkan oleh garis hitam pada grafik CovidNow, yang menunjukkan jumlah kematian yang disahkan berlaku pada hari tertentu.

Kementerian juga melaporkan 237,277 kes aktif, merangkumi 1,338 pesakit yang dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU) dengan 721 memerlukan bantuan pernafasan.

Selain ICU, seramai 197,225 (83.1%) menjalani kuarantin di rumah, 25,635 (10.8%) di pusat kuarantin dan rawatan, manakala 13,079 (5.5%) telah dirawat di hospital.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan terdapat 19,198 kes Covid-19 baharu pada tengah hari, menjadikan jumlah jangkitan 1,979,698.

Terdapat juga 20,980 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul yang sembuh kepada 1,721,713.

fmt

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker