Hatrik Banzema Bantu Madrid Benam Celta

 

Real Madrid kembali ke Santiago Bernabeu selepas 560 hari dan Karim Benzema memastikan ia adalah kepulangan menggembirakan apabila hatriknya membantu kemenangan 5-2 mengatasi Celta Vigo awal pagi tadi.

Benzema dua kali menyamakan kedudukan buat Madrid selepas gol dijaringkan Santi Mina dan Franco Cervi meletakkan Celta di depan ketika 19,874 penyokong menyaksikan saingan di Bernabeu selepas setahun setengah.

Madrid mendominasi babak kedua apabila Vinicius Junior menjaringkan gol ketiga sebelum Eduardo Camavinga menandakan kemunculan pertamanya bersama pasukan dengan gol keempat.

Benzema melengkapkan hatrik apabila menyempurnakan penalti pada minit ke-87 bagi lima gol dan dua bantuan gol dalam empat perlawanan pembukaan musim ini.

“Pasukan ini memiliki kualiti ketika menyerang, itu adalah jelas,” kata jurulatih Carlo Ancelotti.

“Apa yang tidak jelas ialah bahagian pertahanan, yang perlu diperbaiki.”

Ia perlawanan dinantikan dekat Bernabeu selepas terlalu lama bermain di Stadium Alfredo di Stefano berikutan halangan penonton akibat pandemik selain naik taraf stadium dengan kapasiti 81,000 tempat duduk itu. – AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker