Jajaran Baru : mana Najib? mana Zahid?

 

Semalam satu persefahaman antara kerajaan dan pembangkang iaitu Pakatan Harapan telah dipersetujui untuk dimuktamadkan.

5 wakil kerajaan bersama 6 wakil pembangkang telah bersetuju Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik untuk ditandatangani petang ini.

Memorandum akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri bersama Ketua Parti Pakatan Harapan iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Mohamad Sabu, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Lim Guan Eng.

Agak mengejutkan apabila persefahaman semalam hampir menyamai tawaran Perikatan Nasional kepada Pakatan Harapan pada bulan Ogos lepas.

 

 

Ketika itu, krisis kepercayaan terhadap Perdana Menteri hebat diperdebatkan bukan sahaja ahli politik malah rakyat turut bercakap mengenainya.

Rata-rata berpendapat tawaran Muhyiddin itu tidak lebih kepada mahu menyelamatkan kedudukannya yang semakin genting pada ketika itu.

Bagaimanapun, Muhyiddin akhirnya akur beliau telah kehilangan mandat di kalangan ahli parlimen sekaligus memaksanya meletakkan jawatan dan membubarkan kabinet ketika itu.

 

rujukan – https://www.astroawani.com/berita-politik/ph-tolak-7-tawaran-muhyiddin-yakin-boleh-beri-lebih-baik-kepada-rakyat-313918

Namun demikian, Muhyiddin akhirnya dipilih sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan ini sesuatu yang amat janggal kerana beliau dan barisan kabinetnya telah GAGAL mengurus tadbir negara dengan berkesan sepanjang 17 bulan memerintah.

Dengan persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan semalam, ia memberi bayangan kerajaan sekarang masih dibayangi Muhyiddin.

Walau ada pandangan yang menyatakan ‘jajaran baru’ kerajaan dan pembangkang akan membawa dimensi baru, ia masih lagi kabur adakah kerjasama ini akan berterusan sehingga selepas PRU15 atau sekadar mahu mengekalkan kerajaan sekarang?

NAJIB & ZAHID DITUDUH MAHU ‘JAJARAN BARU’

Isu ‘jajaran baru’ sebelum ini telah mencetus polemik apabila ada pihak mengatakan Presiden Umno, Dato Seri Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib adalah individu yang beriya-iya merancang kerjasama dengan pembangkang sebelum ini.

Keputusan Umno pada PAU2020 telah menetapkan pendirian parti itu ‘No DAP, No Anwar, No PPBM’.

Sekarang kerajaan perlu menjelaskan adakah persefahaman ini merupakan ‘Jajaran Baru’ atau mengikut apa yang telah ‘ditetapkan’ Muhyiddin sebelum ini?

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini pernah menawarkan kepada pembangkang 7 tawaran untuk bekerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional.

Antara tawaran berkenaan adalah:

1. Mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja

2. Rang Undang-undang Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen

3. Jumlah ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen seimbang

4. Bersetuju melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik

5. Satu rang undang-undang termasuk rang undang-undang perbekalan yang akan dibentangkan di Parlimen akan dirunding terlebih dahulu dengan semua ahli Parlimen

6. Satu rang undang-undang hanya akan dibentangkan sekiranya mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen

7. Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan setara dengan Menteri Kanan

 

Persefahaman Kerajaan, Pakatan Harapan dimuktamadkan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker