Persefahaman Kerajaan, Pakatan Harapan dimuktamadkan

 

Wakil Kerajaan Persekutuan dan wakil Pakatan Harapan telah mencapai kata putus dengan memuktamadkan memorandum persefahaman antara mereka.

Menerusi satu kenyataan pada Ahad, kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman ini pada esok di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia.

 

 

Memorandum akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri bersama Ketua Parti Pakatan Harapan iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Mohamad Sabu, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Lim Guan Eng.

Kenyataan bersama itu juga menyebut, semua pihak telah bersetuju bahawa memorandum persefahaman ini adalah untuk mengembalikan kestabilan politik negara demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara melalui pedekatan kerjasama secara “dwipartisan“.

Rakyat tolak Muhyiddin, Najib yang salah?

Leave a Reply