Umno Pahang Mahu PAS Tetapkan Pendirian

 

Umno Pahang menggesa agar PAS Pusat tetapkan pendirian mereka samada mahu meneruskan Muafakat Nasional atau memilih Perikatan Nasional pada PRU15.

Gesaan tersebut dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 10 September 2021.

Umno Pahang menyambut baik saranan Timbalan Presiden Umno, Dato Sri Mohamad Hasan yang mahu PAS menyatakan pendirian parti itu.

 

 

PAS Negeri Pahang menerusi Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Rosli Jabar dan Timbalannya YB Andansura telah menyatakan PAS Pahang kekal memilih Muafakat Nasional sebagai platform di negeri tersebut. PAS Pahang juga kekal bekerjasama dengan BN di Pahang.



Muafakat Nasional (MN) ternyata diperakui sebagai model terbaik untuk politik Pahang dan kerjasama Kerajaan Negeri bersama PAS boleh dikatakan berada dalam prestasi terbaik.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang, turut berharap agar pendirian PAS Pusat dapat mengelakkan kekeliruan serta syak wasangka dikalangan ahli Umno dan PAS.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker