KPDNHEP padam hantaran ayam di facebook

 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memadam satu catatan dibuatnya di Facebook mengenai perbandingan harga ayam di pasar awam dan pasar raya di Facebook susulan pelbagai pertikaian dan kecaman oleh warganet.

KPDNHEP di laman Facebook rasminya semalam memuat naik imej grafik memaparkan dialog dua orang pengguna yang membuat perbandingan harga ayam, dengan harga di pasar awam digambarkan lebih mahal berbanding pasar raya.

 



Dijelaskan dalam imej berkenaan, walaupun ayam di pasar raya lebih murah, namun kualitinya sama dengan yang dijual di pasar awam.

Pengguna Facebook, Khairul Anuar Basri berkata, secara sedar atau tidak, kempen ini bersifat “jahat” secara tersembunyi.

KEMPEN NIAT JAHAT – NETIZEN

“Secara sedar atau tidak, ini kempen jahat secara tersembunyi, yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah papa kedana,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Azzif Anuwar berkata, kempen dianjurkan KPDNHEP ini hanya menyokong satu pihak.

“Carilah formula bantu peniaga di pasar awam dan juga di pasar raya secara bersamaan bukannya berat sebelah menyokong satu pihak sahaja,” komennya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Pasar Borong Harian Selayang, Mohamad Pandu Insan Yahya berkata, kempen tersebut tidak sepatutnya dijalankan kerana ia menganjurkan diskriminasi terhadap peniaga pasar awam.

Katanya, peniaga pasar awam yang kebanyakannya peniaga kecil menetapkan harga berdasarkan harga pembekal.

“Harga ini datang daripada pembekal. Apabila pembekal mengeluarkan harga yang tinggi, mereka terpaksa jual dengan harga tinggi. Keuntungan mereka tetap sama sebenarnya, cuma harga yang berubah,” katanya.

Menurut beliau, KPDNHEP sepatutnya mencari jalan penyelesaian yang adil bagi peniaga pasar awam, pasar raya dan juga pengguna, bukan hanya menekan satu pihak.

“Peniaga sangat tersepit, mereka pun tak mahu harga tinggi jadi bila pelanggan tertekan dengan harga tinggi, mereka pun terpaksa hadapi kesannya,” katanya ketika dihubungi FMT.

fmt

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker