Raja Arshad bersara, Shahril Ridza terajui Ekuinas

Raja Arshad bersara, Shahril Ridza terajui Ekuinas

Raja Arshad bersara, Shahril Ridza terajui Ekuinas

Kuala Lumpur: Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) hari ini mengumumkan pengerusinya Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda akan berundur daripada jawatan beliau berkuat kuasa 18 Julai 2023, selepas mengemudi syarikat itu sejak penubuhannya pada 2009.

Syarikat ekuiti swasta berkaitan kerajaan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata Raja Arshad akan digantikan oleh Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan yang pada masa ini menyandang jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutif syarikat.



Sepanjang tempoh Raja Arshad meneraju syarikat, jumlah portfolio pelaburan kumulatif Ekuinas terdiri daripada 42 syarikat yang disumbang menerusi pelaburan langsungnya dan pengurus dana penyumberan luar, mewakili portfolio pelbagai dan dinamik merentas pelbagai sektor strategik, dengan jumlah modal yang digunakan melebihi RM5.1 bilion.

Ekuinas berkata pelaburan sekarang dan sebelum ini termasuklah APIIT Education Group, Tenby Schools, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, ICON Offshore dan Orkim Sdn Bhd.

“Ia merupakan satu perjalanan yang penting. Saya berbesar hati dan bertuah kerana dapat bekerja bersama-sama lembaga dalam membimbing pasukan profesional yang luar biasa yang bersemangat untuk mencipta nilai dalam perniagaan yang dilaburkan dan syarikat portfolio


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS




“Saya bangga dengan apa yang telah kita capai bersama dan yakin Ekuinas akan terus maju di bawah kepimpinan Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan. Saya mendoakan kejayaan pasukan dalam komitmen kewangan dan juga sosial mereka,” kata Raja Arshad.

Ekuinas berkata Shahril Ridza dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya pada 1 Okt 2022, dan ketika ini merupakan pengerusi Axiata Group Bhd dan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd serta ahli lembaga pengarah bukan eksekutif Kuala Lumpur Kepong Bhd.

“Saya amat berbesar hati menggalas jawatan sebagai pengerusi ini, mengikut jejak langkah Raja Arshad, yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan Ekuinas. Kami berterima kasih atas bimbingan, kebijaksanaan, dan komitmen tidak berbelah bahagi beliau terhadap standard tertinggi tadbir urus dan etika,” kata Shahril Ridza.



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir, turut merakamkan penghargaan atas sumbangan Raja Arshad sepanjang tempoh beliau sebagai pengerusi.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Raja Arshad atas sumbangan beliau yang luar biasa dalam membentuk Ekuinas menjadi organisasi yang disegani seperti hari ini. Pengawasan dan bimbingan beliau telah memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan dan mencipta nilai untuk pemegang kepentingan kami.

“Kami juga berharap dapat bekerjasama rapat dengan Shahril Ridza dan memanfaatkan pengalaman luas dan pandangan strategik beliau. Di bawah kendaliannya, kami yakin Ekuinas akan terus berkembang maju dan memenuhi misinya untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya.

Raja Arshad bersara, Shahril Ridza terajui Ekuinas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button