Penyampai radio “paling dipercayai” milik Dj Lin

 

Penyampai radio kesayangan ramai, Dj Lin dinobatkan sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai, Anugerah Jenama Paling Dipercayai anjuran majalah antarabangsa, Reader’s Digest.

Empunya nama sebenar Roslinda Abdul Majid, 45 ini merangkul anugerah tersebut hasil undian peminat di negara ini.

Dia yang juga Pengurus Besar, Stesen Suria FM dalam kenyataan meluahkan rasa syukur dengan anugerah tersebut dan pencapaian yang dikecapinya sehingga ke hari ini.

 





“Anugerah yang diterima ini sangat besar maknanya dalam kamus perjalanan karier seni saya sebagai seorang penyampai radio.

“Tentunya ini merupakan satu penghormatan buat diri saya sekali gus menyuntik inspirasi untuk lebih tekun dan fokus membawa nama Suria FM ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Dj Lin dalam pada itu turut berterima kasih kepada Reader Digest atas pengiktirafan tersebut.

“Pengiktirafan yang diberikan ini membuktikan bahawa jenama DJ Lin semakin dipercayai dan kukuh sebagai jenama yang mampu bertahan dalam cabaran
masa kini.

“Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, Reader’s Digest dan juga rakyat Malaysia yang mengundi dan menyokong saya selama ini,” katanya lagi.

utusan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button