Resepi – Spagetti Carbonara mudah dan sedap

 

Resepi Spaghetti Carbonara 

Bahan-bahan;

– Spaghetti secukupnya (saya pakai angel hair punya. Jenama Prego)
– Olive oil secukupnya
– Bawang putih (potong dadu)
– Bawang holland (potong dadu)
– Udang (buang kulit)
– Cendawan butang dlm tin (buang air dlm tin tu) / cendawan shiitake (tak kisah memana, potong hiris)
– 1 kotak kecik whipping cream (xkisah apa jenama, saya pakai anchor)
– 1/2 kotak kecik susu full cream (xkisah apa jenama, saya pakai dutchlady)
– Mozarella cheese parut (ikut suka nak ltk bape banyak)
– Blackpepper Aji-Shio

Bahan-bahan hiasan;

– Chilli Flakes McCormick
– Parsley leaves / Oregano leaves / Ketumbar (hiris halus. Boleh je pilih mana 1 nak pakai)

Cara-caranya;

1. Rebus spaghetti sampai lembut, toskan. Ltk tepi dulu.
2. Tuang olive oil, panaskan minyak dan tumis bawang putih & holland sampai naik bau.
3. Masukkan udang dan cendawan yg dah dihiris.
4. Apabila udang dah masak, masukkan whipping cream dan susu full cream.
5. Perasakan garam & secukup rasa.
6. Letak blackpepper.
7. Masukkan cheese. Bila kuah agak pekat, masukkan spaghetti dan gaul bersama.
8. Hidang dalam pinggan, dan hiaskan dgn chilli flakes & parsley leaves ❤️

MAHN

Leave a Reply