11 hari RM27,000 hanya untuk ‘review’ mee kari?

 

11 hari khidmat dibayar Rm27,000 hanya untuk ‘review mee kari’ mula trending di media sosial sejak petang semalam.

Jawapan bertulis bagi soalan melibatkan bayaran gaji kepada bekas Penasihat Perdana Menteri, Dato Seri Faizal Azumu telah dijawap di Parlimen.

Pembayaran sebanyak RM27,000 tersebut merupakan gaji penuh sebagai Penasihat PM bertaraf Menteri.

 

 

Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja menerima bayaran penuh kerana notis penamatan khidmat beliau tidak sampai sebulan selepas lantikan dibuat.



Bayaran yang agak mahal untuk khidmat 11 hari mula dipersoalkan netizen di media sosial yang merasakan agak keterlaluan dan tidak berbaloi. Tambahan pula hari pertama Peja masuk pejabat, beliau membuat ‘review’ mee kari. 

Dalam keadaan rakyat terumbang-ambing dengan ekonomi tidak menentu, kerajaan sanggup membayar sehingga 27 ribu kepada Peja?

 

 

Bayangkan ada rakyat yang terpaksa mengikat perut sekeluarga tetapi kerajaan sanggup membayar gaji mahal untuk khidmat 11 hari?

Adakah bayaran tersebut disebabkan Peja seorang ahli politik atau kerana kepakarannya menasihati PM memang diperlukan pada waktu itu?



Lebih elok sekiranya RM27,000 itu disalurkan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan dalam bentuk barangan keperluan dapur. 

Rakyat mula bercakap mengenai ketelusan serta bayaran kepada Menteri yang dilihat tidak menepati seruan untuk bersama-sama menyelami kesusahan rakyat di kala covid melanda Malaysia.

 

Ketua Pembangkang kini jadi Menteri ‘flip flop’

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker