Lebih 90 maut bot karam di Mozambique

Oleh – Syeikh Baran


Lebih 90 maut bot karam di Mozambique
Lebih 90 orang maut selepas sebuah bot penuh sesak terbalik di luar pantai utara Mozambique pada Ahad. Foto Agensi

Lebih 90 orang maut selepas sebuah bot penuh sesak terbalik di luar pantai utara Mozambique pada Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Media tempatan melaporkan kira-kira 130 penumpang yang melarikan diri daripada wabak taun dalam pelayaran dari Lunga ke Pulau Mozambique, di luar pantai Nampula.



Seorang jurucakap pentadbiran pulau berkata bot nelayan itu hanya boleh memuatkan maksimum 100 penumpang.

Agensi Berita AIM yang memetik jurucakap pihak berkuasa maritim, melaporkan kapal itu dipercayai karam selepas dipukul ombak besar.

 

Mozambique ketika ini terjejas oleh wabak taun terbesar sejak 25 tahun lalu, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Lebih 37,000 kes taun telah dilaporkan sejak wabak itu bermula pada September 2022. – Bernama-dpa



Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading