Jawatan Timbalan Speaker Ke-3 bakal diwujudkan?

 

 

Benarkah jawatan Timbalan Speaker Ke-3 bakal diwujudkan bagi memenuhi MoU antara Kerajaan dan pembangkang?

Perkara tersebut mula menjadi persoalan dikalangan pemerhati politik. Adakah kerajaan sekarang tunduk dengan kemahuan pembangkang kerana bimbang hilang sokongan?

Usul pemilihan bagi jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat semalam telah ditangguhkan ke sidang Parlimen akan datang.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wan Junaidi semasa sesi petang Dewan Rakyat dimulakan.



Sehubungan itu, pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditangguh ke Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14.

 

 

Dua nama telah diusulkan bagi jawatan tersebut iaitu Ahmad Maslan dan Nga Kor Ming. Kedua-dua mereka telah membentangkan cadangan transformasi yang mahu dibawa sekiranya terpilih sebagai Timbalan Speaker.

Jawatan tersebut kosong selepas penyandang, Datuk Seri Azalina Othman melepaskan jawatannya.

Azalina semasa sesi perbahasan menjunjujng kasih Titah YDP Agong secara berseloroh mahu menggantikan Speaker Dewan Rakyat.



“Akhir sekali sebelum saya minta masa tambahan yang berhormat Speaker, kalaupun saya ganti 2.30 nanti, saya tambah sikit..,” – Azalina Othman Said.

Semalam mangkuk, esok mangkuk hayun? (video)

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker