Imam Besar Masjid Putra mohon maaf isu dua darjat

 

BAGI meredakan polemik yang tercetus berhubung isu layanan dua darjat bagi solat Jumaat baru-baru ini, Imam Besar Masjid Putra, segera tampil memohon maaf secara terbuka demi keharmonian bersama.

Ikmal Zaidi Hashim menerusi rakaman yang disiarkan di laman Facebook Masjid Putra malam semalam (15 September) berjanji akan membaiki keadaan terutama berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di masjid berkenaan.



Beliau dengan rendah hati, memohon maaf atas segala keterlanjuran yang berlaku tidak disengajakan.

“Saya mohon maaf atas segala yang berlaku dan ingin mengajak semua khasnya jemaah untuk meneruskan aktiviti mengimarahkan Masjid Putra sama ada solat Jumaat atau solat fardu dan apa jua program dianjurkan kelak,” katanya.

Ikmal kemudian membaca petikan ayat al-Quran, Surah Hud ayat ke-88 bermaksud:

“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upaya dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya selain daripada pertolongan ALLAH. Kepada ALLAH jualah aku berserah diri, kepada-Nya aku kembali.



Selepas kejadian itu, Ikmal menjadi fokus kecaman warga maya selepas memberikan penjelasan berhubung VIP yang lewat tiba namun dibenarkan memasuki masjid untuk tunaikan solat Jumaat berbanding jemaah yang telah tiba awal tetapi tidak dibenarkan masuk.

Dalam penjelasan sebelum ini, beliau tidak meredai tindakan individu merakam video dan menularkannya di laman sosial serta meminta pihak terbabit bertemu dengannya untuk memohon maaf selain berdoa agar mereka diberi hidayah.

sinar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button