Semalam mangkuk, esok mangkuk hayun? (video)

 

Perkataan ‘mangkuk’ menjadi trending dan popular semalam di Dewan Rakyat apabila digunakan semasa perbahasan ahli parlimen.

Pertikaman lidah tercetus apabila Mahfuz tidak diberikan ruang mencelah semasa Hamzah menjawap soalan ahli parlimen lain sebelum itu.

Mahfuz telah diminta menarik balik perkataan ‘mangkuk’ namun beliau enggan berbuat demikian dan telah ditegur Speaker Dewan Rakyat agar tidak mengulangi perkataan mangkuk lagi.

“Pokok Sena, selepas ini jangan guna perkataan mangkuk itu…tak baik..tak baik” – Yang DiPertua Dewan Rakyat.



Hamzah yang kelihatan agak terkesan dengan perkataan ‘mangkuk’ mula mengeraskan suara beliau semasa menjawap soalan.

 

“sapa yang mai nak gathering? kami mai nak ambil barang” – Mahfuz

“dengarlah mangkuk” – Hamzah sambil  menuding mengarahkan Mahfuz duduk.

Ramai yang menonton siaran langsung tersebut tergamam apabila kedua-dua ahli parlimen mula saling membalas perkataan ‘mangkuk’ bagi menggambarkan kelakuan tidak bijak pihak lawan.



 

Ada pula celoteh nakal netizen yang mengatakan selepas ini perkataan mangkuk akan bertukar menjadi ‘mangkuk hayun’ bila ahli parlimen tidak dapat menahan amarah bila digasak lawan.

Ahli Parlimen perlu sedar perlakuan mereka dalam sesi sidang kali ini diikuti dengan penuh minat oleh rakyat. Ini merupakan sidang pertama Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Muhyiddin meletakkan jawatannya.

 

11 hari RM27,000 hanya untuk ‘review’ mee kari?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker