Tajuddin gantikan Shahidan sebagai Pengerusi

 

Ahli Parlimen Pasir Salak daripada UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dipilih sebagai Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (Backbenchers) yang baharu.

Beliau menggantikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus dari Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali pula dilantik Timbalan Pengerusi Backbenchers.

Jawatan Setiausaha Backbenchers pula diisi oleh Ahli Parlimen Sabak Bernam daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Fasiah Fakeh. -UTUSAN ONLINE

Leave a Reply