Zahid iktikad pertahankan Umno

 

Sebagai Presiden UMNO menjadi kewajipan saya untuk mempertahankan parti keramat ini dengan sepenuh jiwa dan raga.

Jati diri UMNO sebagai parti milik rakyat yang sentiasa mengutamakan rakyat harus kekal dalam apa jua keadaan.

 





Bagi tujuan itu UMNO tidak boleh sewenang-wenang dijadikan sebagai jambatan oleh pihak luar yang rakuskan kuasa.

UMNO tidak boleh terpedaya dengan kerjasama tidak jujur yang kesudahannya mengabaikan kepentingan parti, rakyat serta negara.

Sebarang kerjasama yang terbentuk perlu berpaksikan analisa mendalam tentang manfaat kepada Malaysia dan masyarakatnya.

 



Terutama pada PRU-15 kelak kerana ia penentu sama ada UMNO sebagai sebuah parti dapat kembali selaku teras pentadbiran negara.

Jika UMNO terlibat dengan pihak lain yang berorientasikan kuasa, kedudukan dan kroni semata-mata, maka natijahnya amat buruk.

Ini yang dapat kita saksikan baru-baru ini, namun UMNO telah bertindak menyekat kecurangan kepada rakyat dan negara tersebut.

 





Kita juga pernah lihat bagaimana kerajaan 22 bulan cuba menenggelamkan parti ini yang akhirnya karam dengan sendirinya.

Begitu juga dengan parti politik yang cuba menguasai UMNO sejak 18 bulan lalu untuk mempertahankan kuasa turut gagal.

Presiden UMNO akan terus memastikan maruah serta jati diri UMNO disamping mempersiapkan parti bagi menghadapi PRU-15.

#umnobersamarakyat
#umnomilikrakyat
#pru15

facebook Zahid Hamidi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button