Aliff Syukri dan isteri teruja ke Langkawi

 

Isteri kepada penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida meluahkan rasa teruja apabila berpeluang ke Langkawi menaiki pengangkutan udara.

Bagaimanapun, Shahida memaklumkan dia dan suami ke pulau legenda itu atas urusan kerja.

Menerusi entri Instagram, Shahida memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan dia bersama suami tercintanya di dalam sebuah pesawat.



“Masing-masing teruja sudah lama tidak menaiki kapal terbang. Kami hari ini (semalam) ke Langkawi atas urusan kerja.

“Anak-anak tinggal di rumah. Semoga kami selamat sampai ke Langkawi,” tulisnya ringkas di Instagram.

Menerusi ruangan komen perkongsian yang sama, dia menjelaskan mereka berada di sana kerana mempromosi salah sebuah hotel di sana.

Sebagai informasi, pulau pelancongan terkenal itu kembali menerima kedatangan pelancong pada hari pertama gelembung pelancongan, bermula semalam.



utusan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button