Pengganti GoPro Hero 9 Black dilancarkan

 

Pengganti kepada GoPro Hero 9 Black sudahpun dilancarkan. Ia pijak lumat kamera aksi pesaingnya.


Walau rupa paras daripada luar masih sama, dalamnya menerima naik taraf saujana. Bukan sahaja nyata lebih baik berbanding Hero 9 Black, malah apa saja yang ada dalam pasaran setakat ini dalam kelasnya.

 



Kesemuanya dimungkinkan dengan penggunaan sensor pengimejan GP2 untuk menggantikan GP1 yang sudah berusia. GP1 yang sudah digunakan sejak Hero 7 (2018). GP2 memberikan lebih banyak kuasa kuda yang yang boleh digunakan Hero 10 untuk bekerja. Pada sudut resolusi rakaman, kita bercerita tentang 5.3K pada 60fps dan 240fps hingga 2.7k dan rakaman gambar pegun pada 23MP.

Tak terhenti di situ, daripada sudut firmware, mereka menambah baik segala yang sedia ada di edisi sebelumnya seperti:

HyperSmooth 4.0
WimeWarp 3.0
Mode webcam sehingga 1080p
Had Horizon Leveling Tilt dipertingkat kepada 45 darjah dalam mode 4K60, 2.7K120 dan 1080p120
Paparan hadapan lebih responsive dan tinggi refresh rate.
Kelebihan mengekalkan fizikaliti yang serupa berbanding generasi sebelumnya ialah segala macam aksesori sedia ada yang pengguna ada masih boleh digunakan tanpa masalah.

GoPro Hero 10 Black akan mula dijual penghujung September 2021 di kedai-kedai terpilih seluruh Malaysia pada harga RM2,399.

Sumber: GoPro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker