Resepi – Roti kelapa pandan viral

Disebabkan susah sangat dapat roti viral tu kita dah ada.

Bm buat jelah ni hasil nye wangi nau..jadi ke tidak atau roti ni..

Rasa tidak tau la sama ke tak tapi dalam tu ada gula melaka dan kelapa kering.

Bahan -bahan

300gm tepung high protein
6 gm yeast mauripan
2 sudu besar majerin
1 sudu besar baking powder..
1 biji telur
3 sudu besar gula.
1 sudu kecik bread improver
80 ml santan kotak
80ml air sejuk dari petiais atau dari penapis air
1 sudu kecik garam
pandan elmaco
pewarna hijau appel

cara2:
masuk semua bahan cecair dlm BM sy guna philux ..

lepas tu masuk bahan kering uli 30 minit guna mode 11 lps hbs tu keluarkn doh canaikan letak kelapa kering dan gula melaka.

gulung doh masukan semula dlm BM biarkan sejam. lepas tu ambk mode bake 30 minit ah siap!!

guna cara manual

campurkan majerin dalam tepung ramas jd mcm serbuk roti.. masukan gula garam, baking poweder, bread improver masukan yis , air , santan ,telur pewarna dan perasa pandan..uli sehingga tak melekat di tangan .. rehatkan doh selama satu jam canaikan tabur gula dan kelapa masuk acuan roti boleh ler bakar dlm oven.

MASAK APA HARI INI

Leave a Reply