Resepi – Sambal kerang senang disediakan

Sambal Kerang

Suka tak SAMBAL KERANG..

Resepi SAMBAL KERANG..
===================
Bahan
🍀Kerang di rebus
🍀Cili kering (di kisar)
🍀Bawang merah (di kisar)
🍀Bawang putih (di kisar)
🍀Sedikit belacan
🍀Sebiji bawang besar( di hiris bulat)
🍀Satu batang serai titik
🍀Air asam jawa
🍀Sos cili sedikit
🍀Sos tomato sedikit je
🍀Garam dan gula
(#kuantiti bahan ikut citarasa sendiri ye)

Cara masak..
=======

💚Kerang di rebus, di ambil isinya
💚Panaskan kuali, hancurkan belacan, goreng hingga naik bau belacan.Tumis bahan kisar..
💚Tumiskan cili kisar, dan serai titik tadi hingga naik minyak..
💚Masukkan air asam jawa, sos cili, sos tomato sedikit kacau sehingga sebati..
💚 Masukkan isi kerang dan hirisan bawang, kacau rata..jangan terlalu kering biar berkuah sedikit ye
💚Rasa dulu, dah ok blh di hidangkan..
💚Siap.

MASAK APA HARI INI

Leave a Reply