Tujuh pemain Manchester United akan dijual

 

Manchester United bercadang untuk menjual tujuh barisan pemain bintangnya pada jendela perpindahan Januari depan.

Donny van de Beek, Jesse Lingard, Phil Jones dan Eric Bailly adalah antara pemain yang disasarkan mahu dijual.

Anthony Martial, Diogo Dalot dan Alex Telles juga berada dalam senarai untuk dijual.

Pengurus Unied, Ole Gunnar Solskjaer mahu menambah dana pada jendela perpindahan pemain dengan menjual beberapa barisan pemainnya yang dirasakan tidak akan dapat membarisi kesebelasan utama.

United dijangka akan mengadakan dengan barisan pemain berkenaan berhubung masa depan mereka dalam tempoh terdekat menjelang pembukaan jendela perpindahan pemain.

Difahamkan beberapa pemain muda juga sedia untuk dipinjamkan ke kelab lain dalam usaha United memberi peluang kepada mereka memperoleh minit permainan yang lebih banyak.

Sementara itu Paul Pogba yang kontraknya akan berakhir pada musim panas seterusnya sedang mengadakan perbincangan untuk lanjutan kontraknya.

Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu menjadi sasaran PSG dan Real Madrid yang bersedia menyambarnya pada tahun depan.

Bagaimanapun United yakin dapat memujuknya untuk kekal menerusi kontrak jangka masa panjang dan tawaran gaji sekitar £400,000 seminggu (RM2.29 juta)

metro

Leave a Reply