Bantah cadangan bina kuil, MB perlu jelas status tanah

 

Cadangan pembinaan kuil di tapak tapak pembinaan masjid yang dikatakan hakmilik Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan telah dibantah.

Bantahan dibuat oleh Jawatankuasa Surau Taman Indah Baru berserta penduduk-penduduk Taman Indah Baru, Taman Clonee 2 dan Bandar Utama.

Memorandum bantahan telah dihantar kepada ADUN kawasan terbabit.

 

 

Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan perlu segera memberikan penjelasan tentang status pemilikan tanah yang sebenar.

Apakah ianya benar adalah tanah rizab bagi masjid seperti yang didakwa penduduk sekitar? Jika ianya benar, maka apakah status tanah telah berubah dan bagaimana ianya boleh berubah?

Sekiranya terdapat sebarang kepincangan dalam isu ini, adalah diharapkan pihak berkuasa terutamanya SPRM dan PDRM dapat menyiasat dengan segera kepincangan yang berlaku.

Menteri Besar Negeri Sembilan perlu menjawap persoalan berkaitan status tanah tersebut untuk mengelakkan sebarang kekeliruan timbul.

MANA KENYATAAN ATAU BANTAHAN UMNO TAMPIN?

Mengejutkan apabila carian kenyataan dari Ketua Bahagian Umno Tampin dan Ketua Pemuda Umno Tampin berkaitan hal ini tidak ditemui langsung.

Mengapa mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau bantahan terhadap cadangan pembinaan kuil tersebut?

Adakah isu ini tidak penting kepada mereka atau tiada nilai untuk mereka (KUB & KP) bersuara?

Eksklusif – Anda Musykil Kami Terjah episod 3

 

Leave a Reply