Bukan Haji gelaran tapi nama saya Haji

Haji

 

“Nama ‘Haji’ ini bukanlah gelaran kerana pernah menunaikan haji di Makkah. Sebaliknya ia adalah nama saya yang tertera pada Mykad,” ujar Haji Mohamad Sharif Haji Talip, 79, yang juga bekas pesara tentera.

Walaupun sering menimbulkan kekeliruan ketika berurusan namun dia yang menetap di Kampung Lendu Tengah di sini, sentiasa bersedia memberi penjelasan.

Menurutnya, dia menyedari terdapat nama Haji di hadapan namanya serta ayahnya selepas dia memperbaharui Mykad sebaik pulang menunaikan haji kali pertama pada tahun 1987.

Menurutnya, nama itu kekal sehingga ke hari ini dan digunakan setiap hari untuk berurusan dengan orang ramai, agensi awam serta swasta.

“Kebiasaan tiada perkataan haji boleh diletakkan pada pangkal nama pada Mykad. Namun saya amat bertuah kerana terdapat perkataan Haji pada Mykad.

“Saya pernah bertanyakan perkara itu pada petugas di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) namun petugas terbabit menyifatkan ia satu ‘anugerah’,” katanya,

Bercerita lanjut, dia mendakwa pernah memiliki kad pengenalan kertas sekitar 1959 namun ia perlu dijaga dengan rapi bagi mengelak basah dan rosak.

“Bagaimanapun kad pengenalan baru atau Mykad yang memiliki cip mikropemproses untuk menyimpan maklumat biometrik, lesen memandu, Touch ‘n Go, kad ATM, maklumat kesihatan, maklumat pasport dan sebagainya amat mengkagumkan. Ini semua keistimewaan dimiliki oleh rakyat Malaysia,” katanya.

metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker