Dewan panas, dakwaan Menteri Kanan campur tangan

 

PARLIMEN MALAYSIA
PARLIMEN MALAYSIA

 

Pembangkang mempersoal siapa menteri kanan yang campur tangan terhadap keputusan Speaker Dewan rakyat yang meminta Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dilantik sebagai Timbalan Speaker sementara semalam.

Persoalan itu dilontarkan ketika Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjawab soalan dalam sesi pertanyaan jawab lisan.

“Siapakah menteri kanan yang masuk campur salah guna kuasa. Mengikut satu laporan, menteri kanan sekat Speaker mengundang Teluk Intan sebagai Speaker semalam. Apakah menteri kanan tersebut ada dalam Dewan?,” soal Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) di Dewan Rakyat, hari ini.

 



Timbalan Speaker ketika itu, Datuk Mohd. Rashid Hasnon cuba menenangkan keadaan dengan tidak membenarkan perbahasan diganggu.

“Jangan ganggu, saya tidak benarkan,” ujarnya ringkas.

Setelah Dewan menyambung perbahasan usul menjunjung kasih dan Perbahasan Titah Diraja, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) sekali lagi mempersoal perkara yang sama ketika Datuk Azhar Azizan Harun mempengerusikan majlis.

“Surat dikeluarkan kepada beliau (Kor Ming) jelas menyatakan menjemput untuk pengerusikan mesyuarat pada Isnin, 20 September pukul 2.30 sehingga 4 petang, rujukan dibuat dengan peraturan 7 (3).

“Semalam, saya hadir dalam Dewan dan saya lihat pukul 2.30 sehingga 4 Dewan tidak dipengerusikan Teluk Intan sepertimana yang diarahkan. Apakah prosiding semalam antara pukul 2.30 hingga 4 petang menjadi sah atau tidak kerana ada satu surat secara spesifik untuk meminta beliau mempengerusikan Dewan?,”soalnya.

Perkara itu dijelaskan Azhar Azizan dengan menyatakan keputusan tersebut berubah bukan tekanan daripada mana-mana pihak.

“Mengenai soalan kedua saya sebenarnya tidak didorong atau di apa perkataan yang digunakan? Pressure (tekanan) ditekan oleh sesiapa untuk menukar fikiran tu,” ujarnya ringkas. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker