Diberi kerusi atau tidak, Makkal Sakti tetap bekerja

.

 

Diberikan kerusi atau tidak, Makkal Sakti akan tetap bekerja memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRU15 nanti.



Kenyataan tersebut disuarakan Presiden Makkal Sakti, R.S Thanentiran ketika dihubungi dan diminta mengulas permintaan parti tersebut semasa Mesyuarat Agung Tahunan parti.

 

 



Thanentiran yang menyatakan parti tersebut kekal setia sebagai gabungan BN sejak 13 tahun lepas kini mempunyai sekitar 113,000 keahlian.

Makkal Sakti hanya meminta 4 kerusi parlimen dan 7 kerusi Dun sebagai platform mereka pada PRU15.

Thanentiran menambah parti tidak akan memprotes sekiranya tidak diberikan kawasan bertanding.

Ini adalah kerana matlamat parti itu adalah untuk memenangkan BN dan menambah undi terutama daripada pengundi kaum India.



Thanentiran menambah, apa yang penting dalam berparti ialah memastikan logo BN kembali di terima rakyat.

 

 

Makkal Sakti memfokuskan 5 negeri untuk bertanding sekiranya diberikan peluang berbuat demikian. Antaranya Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.



Bagaimanapun segalanya terserah kepada Pengerusi Barisan Nasional dan kepimpinan tertinggi BN.

Thanentiran juga memberitahu, parti itu tidak bermaksud mahu bersaing dengan parti kaum India lain di negara ini.

Sebaliknya Thanentiran menyatakan Makkal Sakti memfokuskan kemenangan BN tanpa mengira siapa calon BN.

 



 

RESPON MIC TERHADAP UCAPAN ZAHID

Dalam pada itu, kami turut menghubungi Malaysian Indian Congress (MIC) bagi mendapatkan respon berkenaan permintaan Makkal Sakti.

Datuk SK Devamany ketika dihubungi menyatakan MIC kini mempunyai 4,500 cawangan di seluruh negara. Beliau turut menyatakan MIC merupakan parti yang tersusun dan sistematik. 



Mengimbau penglibatan MIC bersama BN, Devamany mengingatkan kerjasama antara MIC dan Umno telah lama terjalin sejak zaman Tunku Abdul Rahman sehingga hari ini.

Devamany juga menyentuh mengenai perpecahan parti Melayu yang mengakibatkan perpecahan undi Melayu berlaku sekaligus menjadi antara faktor kurangnya undi yang memihak kepada BN pada PRU lepas.

 

 

Sebagai rekod pada PRU14, MIC hanya memenangi 2 kerusi parlimen dimana kemudiannya tinggal 1 kerusi selepas Sivaraj dilucutkan kelayakan sebagai ahli parlimen.

Kini MIC hanya ada 1 kerusi parlimen – Tapah, dimana majoriti pengundi Parlimen tersebut adalah kaum Melayu.

MIC AKAN JADI KINGMAKER PRU15?

Devamany turut mempersoalkan kenyataan Zahid Hamidi yang memberi keyakinan kepada Makkal Sakti untuk bertanding sedangkan hal pengagihan kerusi kepada Makkal Sakti tidak di bawa ke Mesyuarat Tertinggi BN.

Beliau turut mempersoalkan atas kapasiti apa Zahid mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana beranggapan Zahid berucap di mesyuarat Makkal Sakti atas kapasiti Presiden Umno.

Duit Hasanah hilang? Intergriti SPRM makin tercalar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button