Tetak tangan jiran positif methampetamine

 

Suspek lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan dan menetak pergelangan tangan kiri jirannya sehingga hampir putus di hadapan rumah di Kampung Kelubi Dalam, petang semalam, disahkan positif dadah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, hasil ujian air kencing terhadap lelaki berusia 29 tahun itu mendapati dia positif dadah jenis methampetamine.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa dan suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.

“Setakat ini, mangsa berusia 27 tahun yang hampir terputus pergelangan tangan kiri akibat pergaduhan itu kini stabil dan pergelangan tangannya sudah disambung semula menerusi pembedahan.

“Motif kejadian disebabkan rasa tidak berpuas hati sehingga menyebabkan pergaduhan selain berada di bawah pengaruh dadah,” katanya.

Rodzi berkata, mangsa yang dirawat di hospital akan ditahan selepas pulih manakala suspek pula ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Media semalam melaporkan seorang lelaki parah apabila pergelangan tangan kirinya hampir putus akibat ditetak jirannya.

Dalam kejadian pada 2.10 petang itu, mangsa berusia 27 tahun dikatakan pergi ke rumah suspek berusia 29 tahun sebelum berlaku pergaduhan antara mereka.

Berikutan itu, polis merampas sebilah parang dan pedang yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu untuk membantu siasatan.

metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker