Vaksinasi remaja, Pahang komited – Wan Rosdy

Pahang akan terus komited dalam pemberian vaksinasi covid kepada remaja di Pahang dan memastikan rakyat Pahang menerima vaksinasi sepenuhnya.

Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail telah melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin, Kuantan bagi meninjau proses pemberian vaksin bagi golongan remaja melibatkan 583 pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dari SMK Bukit Rangin dan SMK Sungai Isap, Kuantan.

Lawatan MB Pahang

 

Turut bersama Menteri Besar ialah Timbalan Menteri Kewangan YB Shahar Abdullah.

Hari ini merupakan hari kedua pemberian vaksin melibatkan golongan remaja bermula semalam. Setakat ini, 6,794 pelajar seluruh Pahang telah menerima dos pertama masing-masing.

 

 

Turut menjadi keutamaan ialah remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) dari institusi-institusi pemulihan dan perlindungan serta golongan rentan termasuk gelandangan.

 

Wan Rosdy Wan Ismail

“Pahang akan mencapai imuniti kelompok sebelum menjelang musim tengkujuh akhir tahun ini, In Sya Allah” – Wan Rosdy

Leave a Reply