Ayda Jebat selamat melahirkan cahaya mata

 

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat, 29, selamat melahirkan bayi perempuan secara Czer atau pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Menurut pengacara Nabil Mahir, 33, isteri tercintanya selamat melahirkan cahaya mata mereka pada pukul 7.07 malam (Selasa).

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir melahirkan rasa syukur apabila proses pembedahan bagi melahirkan bayi sulung berjalan lancar.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pukul 7.07 malam seberat 2.77 kilogram.”

Pada petang Selasa, pelantun lagu Parah Parah memberitahu di Instagram (IG) dia akan melahirkan bayi sulungnya seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.

 



“Assalamualaikum semua. Insya-Allah ‘baby wuvv’ (gelaran bayinya) akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang.”

“Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin.”

Terdahulu, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

kosmo

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker