Lawak Ke? Kisah umur dan perjalanan hidup

Umur 12 tahun
Guna duit mak pak masuk geng basikal.

Umur 25 tahun
Bila doh kije ada duit sikit masuk geng motor.

Umur 33 tahun
Ada duit lebih sikit join geng kereta pulak.

Umur 40 tahun
Dah duit bnyok ekonomi pun stabil sikit join geng motor besar pulak.

Masuk 55 tahun
Trend kembali berbasikal. Nak bagi jantung kuat tak nak tersumbat. Dah guna duit KWSP, keje pun dah tak larat.

Umur 60 tahun
Kembali jalan kaki sbb kepala lutut dah tak kuat, skru dah loose.

Umur 70 tahun
Masuk geng kerusi roda. Masa ni nak guna duit untuk beli ubat dan belanja keperluan.

Bila cucu tanya, “Atuk, bila Atuk nak join geng masjid?”

Atuk pun jawab, “Atuk dah tak kuat nak jalan cu”.

Cucu, “Dulu Atuk kuat kenapa tak pergi?”

“Dulu atuk sibuk cu”.

Last sekali orang usung bawak ke masjid dia duk depan, imam duk belakang

Semoga jadi renungan kita bersama.

Wallahu a’lam…

Leave a Reply