Muhyiddin urus ‘covid’ gagal, urus ‘ayam’ pun gagal

 

Pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) masih belum berjaya mengawal kenaikan kes covid dalam Malaysia.

Muhyiddin semasa menjadi Perdana Menteri juga telah gagal menghadirkan keyakinan rakyat terhadap dirinya kerana ekonomi rakyat gagal dibela beliau sepanjang tempoh pemerintahannya.

Walau cuba mengawal covid dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 1, 2 dan 3, Muhyiddin tetap gagal mengawal penularan covid.

 

 

Malah sepanjang 17 bulan Muhyiddin dan Perikatan Nasional mentadbir Putrajaya, angka kematian mangsa covid terus menakutkan rakyat.



Penutupan pelbagai sektor ekonomi yang mengakibatkan kesengsaraan rakyat juga antara faktor kegagalan Muhyiddin yang terbesar.

Walau dikelilingi kabinet yang agak besar pada ketika itu, Muhyiddin ternyata gagal mengawal segelintir Menteri yang tidak berkeupayaan memberi khidmat kepada rakyat dan negara.

Bantuan kepada rakyat tidak diberikan sehingga berlaku desakan serta tekanan dari rakyat. Walau bagaimanapun terdapat kekangan dan syarat tertentu diletakkan menyebabkan sebahagaian mereka (rakyat) tidak menerima bantuan.

Isu kenaikan harga ayam di pasaran menghantui pengguna Malaysia. Dikatakan harga makanan ayam mempengaruhi harga ayam dari penternak kepada pemborong dan beban kenaikan harga diletakkan kepada pembeli.



Rakyat mula mempersoalkan pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN.

Yang jelas kelihatan sekarang, Muhyiddin cuba menbayangi kerajaan sedia ada dan mengeluarkan kenyataan seolah beliau masih berkuasa untuk menentukan dasar dasar kerajaan.

Rakyat Kurang Senang Dengan Pelantikan Muhyiddin

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker