Tiada Hukuman Dua Darjat Bagi Yang Langgar PKP – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 29 April – Tiada istilah hukuman dua darjat bagi mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kerajaan sentiasa bersikap adil kepada semua dan tindakan undang-undang yang diambil adalah mengikut tuduhan yang dikenakan.

“Tiada siapa yang mengatasi undang-undang negara kita. Kerajaan bersikap adil kepada semua, sesiapa yang langgar undang-undang akan diambil tindakan tanpa kira sebarang kedudukan.

“Contohnya (isu denda) exco Perak dan Timbalan Menteri Kesihatan, mereka didenda kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah peraturan PKP, ” katanya dalam sidang media berkaitan PKP hari ini.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading