Permulaan Fasa Peralihan Monsun, bawa hujan lebat dan angin kencang
SYAHIDI BAKAR
MALAYSIA pada masa ini sedang dalam fasa peralihan Monsun dijangka bermula pada 24 September dan akan berterusan sehingga awal November 2021.
“Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah pun bermula sejak 19 Mei 2021”, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melalui kenyataan media baru-baru ini.
Muhammad Helmi Abdullah menjelaskan, semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.
Kejadian itu katanya, berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.
“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh akibat tiupan angin kencang.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihat lebin berwaspada sepanjang tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorolog Malaysia atau MET Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan,” ujarnya.
Selain itu, oarng ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan,
Sumber: