Resepi – Kari ikan bilis istimewa

Kari ikan bilis istimewa

Dapur Malaysia bersama Boi

Kari Ikan Bilis Istimewa

Resepinya mudah.

Rendam ikan bilis dalam air.
Potong sayur berikut agak agak sama saiz.
Terung
Lobak putih
Tomato
Ubi kentang (potong wedges pun boleh)
Cili Hijau
Tumis bahan berikut.
Halba campur
Daun kari

Bawang putih
Bawang kecil
Bila dah naik wangi, tambah ikan bilis dan sayur lain kecuali tomato dan cili hijau.
Secara asing, campur serbuk kari Ikan dalam air dengan sedikit serbuk kunyit dan asam jawa.
Bila sayur dah tumis sedikit, tuang air campuran asam Jawa tadi.
Biar mendidih sampai ubi kentang empuk.
Tambah sedikit santan nipis. ( ni optional, tak letak pun boleh)
Bubuh garam secukupnya.
Tabur tomato dan cili hijau tadi dan tutup api.
Settle.. Gabungan baik dengan telur dadar..
Ikan bilis boleh digantikan dengan sardin tin. Cuci sardin dan masukkan dalam kari. Kuah sardin tu tambah sikit dah cukup.

Selamat Mencuba…

MASAK APA HARI INI

Leave a Reply