Skandal SPRM, Fahmi Fadzil mahu bahas di Parlimen

Ahli parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil semasa dihubungi pihak kami menyatakan kes SPRM yang hangat diperkatakan boleh dilabel sebagai ‘Skandal Intergriti & Kredibiliti’.

Semalam beliau meminta agar isu berkaitan SPRM dibahaskan di parlimen.



Bagaimanapun Fahmi dimaklumkan isu SPRM tidak memudaratkan dan hanya akan dibahaskan bila ada kelapangan Dewan berbuat demikian.

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/isu-tiga-pegawai-sprm-ditahan-perlu-dibahaskan-di-parlimen/

Fahmi yang berpendapat, isu kehilangan ‘barang kes’ dalam kes SPRM seperti ditularkan perlu disiasat segera pihak PDRM. 



“ini merupakan satu perkara besar jika benar wang tersebut hilang seperti didakwa dan tular dan pihak PDRM perlu lebih tegas untuk melakukan siasatan”

“jika benar berlaku pecah amanah dan pelanggaran etika dalam sesebuah agensi kerajaan, sesuatu perlu dilakukan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat” – Fahmi Fadzil.

Beliau turut menyatakan ‘Skandal’ SPRM ini melibatkan intergriti sesebuah agensi kerajaan.



Fahmi bimbang implikasi buruk persepsi rakyat yang mula hilang kepercayaan terhadap ketelusan agensi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Berkaitan isu RSN Rayer (Jelutong) yang menyelar Najib semalam, Fahmi menggesa LHDN membuka pintu siasatan kepada pihak berkuasa bagi menyiasat dakwaan Rayer.

 



“kita tidak mahu LHDN membuat kesialpan seperti yang berlaku dalam SPRM yang menahan dan menyiasat pegawai SPRM sendiri, ini melibatkan kepercayaan rakyat” 

Fahmi dalam pada itu menegaskan mereka (pembangkang) akan terus mendesak agar Dewan membenarkan ahli parlimen membahaskan isu tersebut demi kepentingan rakyat Malaysia.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button