Kerja pembaikan paip pecah selesai

Kerja pembaikan paip pecah di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23 dekat sini yang menyebabkan gangguan bekalan air di enam kawasan, siap dilaksanakan pada jam 6 pagi, tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri, berkata susulan itu

bekalan air di kawasan yang terjejas mula disalurkan bermula jam 6.15 pagi secara berperingkat.

“Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air dan tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300,” katanya.

Semalam, enam kawasan di Wilayah Shah Alam mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat insiden paip pecah di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23.

Kawasan yang terbabit adalah Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 23, Seksyen 24 dan Seksyen 25.

BH

Leave a Reply