Farhash akan tamatkan karier politik Peja?
Pengerusi Keadilan Perak, Farhash Wafa Salvador menegaskan beliau mungkin akan bertanding dimana sahaja Timbalan Presiden PPBM bertanding.
“Saya akan bertanding di mana calon heavyweight bertanding, Peja tu kira heavyweight”
Kenyataan Farhash dilihat sebagai cabaran besar buat Faizal Azumu atau dikenali sebagai Peja untuk mempertahankan kerusi DUN.
Mungkin Farhash akan menamatkan karier politik Peja sekiranya beliau berjaya menyingkirkan pada Pru15 kelak.
Ketua Cabang Kuala Kangsa itu juga tidak menolak kemungkinan akan bertanding di Kuala Kangsar.
Farhash pernah ditahan polis berikutan kes penyebaran video seks songsang melibatkan seorang pemimpin politik.
“Keputusan kerusi mana kita bertanding akan ditentukan pada last minit untuk mengelakkan pergaduhan”
Peja kini sudah punyai saingan yang setaraf bagi pertandingan, cuma mampukah Peja berjaya selepas PPBM tidak lagi bersama Pakatan Harapan?
Baru-baru ini Presiden PPBM menyatakan parti mereka ‘terpaksa’ melanggar kawasan Umno bagi PRU15 tetapi mungkin beliau terlupa PPBM akan berdepan krisis kepercayaan pengundi terutama kaum Tionghua.