“Saya tidak benci tapi mengkritik Mahiaddin” – Puad
Datuk Puad Zarkashi menjelaskan beliau tidak membenci Mahiaddin tetapi mengkritik beliau secara berdepan kerana polisi Mahiaddin itu sendiri.
Beliau memberi respon terhadap soalan yang ditanyakan kepadanya dalam segmen ‘Anda Musykil Kami Terjah’.
“saya pernah mengkritik Mahiaddin ketika dia menjadi Menteri Besar Johor, dalam isu Amanah Saham Johor (Dana Johor)”
Dalam episod ke-2 segmen ini membuka dimensi baru dalam kisah kontroversi dan tidak pernah diketahui umum.
Soalan yang keras tetapi dijawap dengan spontan Puad Zarkashi agak mengejutkan.
“tidak boleh disamakan antara benci dan mengkritik, saya pernah juga mengkritik Tun Mahathir” Puad Zarkashi.
“Walau saya disaman, saya tetap mengkritik, Mahiaddin walau kini dia bukan lagi Perdana Menteri”
Nantikan lagi episod seterusnya segmen Anda Musykil Kami Terjah yang akan disiarkan selepas ini.